Profil SMK Sri Andalas





                                                Sejarah Penubuhan SMK Sri Andalas                                                  

Smk Sri Andalas terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Pelajar kumpulan pertama mendaftar pada 1 Disember 1994/1995. Ketika itu bangunan SMKSA masih dalam pembinaan. Maka, warga SMKSA menumpang sementara di bangunan sekolah rendah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang terletak bersebelahan.


Pada sesi persekolahan 1996, bilangan tenaga pengajar menjadi 25 orang. Pada 4 Januari 1997, warga SMKSA berpindah ke bangunan baru. Kini setelah 18 tahun penubuhannya, SMKSA mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan prasarana, pernambahan tenaga pengajar seramai yang kini berjumlah 130 orang dan bilangan pelajar mencecah 2063 orang.


SMKSA akan terus memberi perkhidmatannya kepada masyarakat bagi melahirkan generasi yang berilmu dan bermoral bagi mengharungi hidup yang penuh cabaran agar agama, bangsa dan negara terus dibela dan dipertahankan.


Moto Sekolah

ILMU TERAS KEJAYAAN


Visi Sekolah

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"



Misi Sekolah

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI 
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU 
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"


Lagu Sekolah

Perpaduan erat dan bersatu,
Teras meneroka ilmu,

Kejayaan gemilang yang dituju,
Bersama kita maju.

Melahirkan insan yang seimbang,
Dalam setiap bidang,
Sri Andalas sekolahku,
Maju terus maju.

Nilai murni amalan kami,
Percaya tuhan di paksi hati,
Falsafah pendidikan dihayati,
Kearah sekolah bestari.


Lencana Sekolah


1. Bentuk "GLOB" berwarna biru membawa pengertian proses pendidikan yang bersifat sejagat dan sentiasa mengikut peredaran zaman.


2. Gelung kuning yang dilingkungi oleh garisan bulatan biru melambangkan ikatan pemuafakatan pendidikan yang dibentuk dari suasana keharmonian bagi membina masyarakat yang berdaulat.


3. Gelung putih menggambarkan nilai-nilai yang diterapkan dalam proses pendidikan.


4. Benkong biru yang mempamerkan nama sekolah membawa maksud sifat bangga yang dimiliki oleh masyarakat sekolah dalam memelihara imej sekolah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan